.insertB

Rabu, 16 Julai 2014

16 Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir

1# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

Sabtu, 12 Julai 2014

Lawak! "Bengang aku"


Seorang pemuda bercerita kpd temannya, "Bengang betul aku!"
"Hah? kenapa Man?" tanya temannya.
"Semalem aku berkenalan dengan awek cun di cafe, terus kita orang ke
rumahnya,
dia yg ajak aku, pas tu kitorang sama2 buka baju, Tengah best, tau-tau suami
dia datang.
Terkejut besor aku, terus aku melompat ke jendela bilik sambil berpaut di
bawah
jendela dengan jari aku!"
"Wah, betul ko" sahut temannya.
"Ya, tapi itu belum apa-apa" sahut pemuda itu.

Kemudian suaminya masuk bilik menegur isterinya, dia cakap "Wah..kebetulan
sayang
dah telanjang, sebentar abang kencing dulu". Pas tu tau tak, si suami
hampeh itu kencing terus di jendela, mengena kepala aku"

"Hah!" Temannya geleng2kan kepala.. "Patut la ko bengang gila"
"Ya, tapi bukan itu yang buat aku bengang"

"Selepas tu, aku dengar mereka bermesra-mesraan. Jari aku dah lenguh..
Setelah mereka
selesai, suaminya membuang kondomnya keluar jendela, tau tak jatuh
dimana? Di kepala aku!"

"Wah! Dasyatnya, kalau aku memang aku bengang!" kata temannya
"Sebentar. Aku belum selesai, yang buatkan aku lebih bengang lagi, suaminya
mau buang air. rupa-rupanya toilet rosak. Jadi dia mengcangkung di
pinggir jendela, terus jatuh diatas kepala aku!"

"Wah..wah, p as ti lengkap dah penderitaan ko" sahut temannya.
"Ye...ye...tapi ko tau tak, yang paling buat aku BENGANG... BENGAAANG...
BENGAAAAANG gile? Bila aku tengok ke bawah rupa-rupanya kaki aku jaraknya
cuma 10cm dari tanah.....

Isteri Sudah Hilang Pendengaran


Rajit pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Rajit pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!"

Khamis, 10 Julai 2014

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa


Ada 9 perkara yang membatalkan puasa.

1)
 Memasukkan sesuatu ke dalam rongga tubuh. 
Benda-benda yang keras, cecair atau pun semburan tidak boleh masuk ke dalam rongga tubuh orang yang sedang berpuasa. Jika tidak sengaja atau terlupa, maka puasa itu tidak batal dengan syarat apabila teringat mesti segera menghentikan perbuatan itu.
 

BAHAGIAN-BAHAGIAN RONGGA 

a)
 MATA 
Para ulama sependapat menghukum bahawa mata bukanlah rongga. Walau bagaimanapun, mata mempunyai satu saluran yang menebus ke tekak di mana cecair seperti airmata ubat mata boleh memasuki rongga tekak tanpa sengaja. Jika ada cecair yang masuk ke rongga tekak maka batallah puasa itu. Dari itu adalah lebih baik dan untuk menjaga puasa kita hendaklah berhati-hati dan memastikan tiada sesuatu pun yang memasukki saluran mata itu.


Perhatian:-
* Elakkan dari menggunakan ubat mata jika tidak perlu. Jika perlu menggunakannya, maka mestilah pastikan ia tidak mengalir ke saluran mata dan masuk ke tekak. Jika terasa ia mengalir ke tekak, segeralah mengeluarkannya seberapa boleh.

* Memakai kanta lengkap atau bercelak di mata tidak membatalkan puasa dengan syarat celak itu tidak masuk ke saluran mata yang menuju ke tekak.

* Jika mandi di siang Ramadan, samada mandi biasa atau mandi wajib, jika air masuk ke dalam mata, puasa tetap sah dan tidak batal dengan syarat air tidak masuk ke saluran mata yang menuju ke tekak.

* Menangis tidak membatalkan puasa.

b)
 TELINGA 
Telinga adalah rongga tubuh maka itu kita tidak boleh mengorek telinga disiang Ramadan. Jika mandi di siang Ramadan lalu air masuk ke dalam rongga telinga, hukumnya ada 2 :-


·         jika mandi biasa maka batal puasanya kerana disengajakan mandi.


·         jika mandi wajib maka tidak batal puasanya kerana ia suatu yang fardu.

*Memakai earfon tidak membatalkan puasa kerana earfon itu terletak di kembang telinga dan bukan di rongga telinga.

c)
 HIDUNG 
Sempadan rongga hidung ialah di permulaan batangnya. Kawasan kembang hidung belum dikira rongga. Maka tidaklah batal puasa jika memasukkan sesuatu ke dalam kawasan kembang hidung. Tetapi adalah lebih baik kita jangan memasukkan sesuatu pun ke kawasan kembang itu tanpa keperluan supaya puasa kita terpelihara dengan baik.

Isnin, 7 Julai 2014

Tips Puasa:Minum 9 gelas air ketika berbuka hingga sahur

BERAPA gelas air yang anda ambil antara waktu berbuka hingga sahur semalam? Jika dua gelas saja, ia sebenarnya tidak mencukupi untuk keperluan tubuh anda walaupun mungkin tidak berasa dahaga. Air adalah antara komponen kimia utama tubuh dan membentuk 60 peratus berat badan. Setiap sistem tubuh anda bergantung kepada air. Misalnya, organ utama memerlukan air untuk menyingkirkan toksin selain air membawa nutrisi ke sel-sel badan. Ia juga membekalkan persekitaran lembab kepada telinga, hidung dan tisu di tekak. Sumber penting ini juga melicinkan sendi dan bertindak sebagai penyerap kejutan di dalam mata dan tulang belakang. Kekurangan air akan menyebabkan tubuh tidak boleh berfungsi seperti biasa - keadaan yang disebut dehidrasi. Malah jika anda berhadapan dengan maslah kurang air atau dehidrasi tahap sederhana pun ia akan menyebabkan anda lemah dan kurangbertenaga. 

Dehidrasi sebenarnya masalah umum ketika berpuasa. Ini kerana tubuh kehilangan air dan garam secara berterusan apabila bernafas, berpeluh dan membuang air kecil. Bagaimanapun jumlah air yang hilang bergantung juga kepada cuaca, berapa banyak air yang anda ambil sebelum berpuasa selain tahap aktiviti fizikal anda dan keupayaan ginjal anda mengekalkan air dan garam.
 

Justeru, pengambilan air antara waktu berbuka dan bersahur seharusnya tidak dipandang ringan. Kurang mengambil air meningkatkan risiko dehidrasi.
 Dua pertiga daripada tubuh adalah air. Apabila seseorang itu berhadapan dengan dehidrasi, ia bermakna tahap air dalam tubuhnya menurun daripada keperluan tubuh yang biasa. Bagaimanapun, jumlah penurunan yang sedikit tidak akan menyebabkan masalah. Malah dalam kebanyakan kes, ia akan berlalu begitu saja tanpa disedari. Namun, jika jumlah air yang hilang terlalu banyak, ia akan menyebabkan anda berasa tidak selesa. 

Kerap kalinya, jika anda muntah, cirit birit, mengambil ubat-ubatan yang meningkatkan kekerapan anda membuang air (diuretik) dan kerap berpeluh akan membawa kepada masalah dehidrasi.

Ahad, 6 Julai 2014

Kisah Lawak Suami Isteri




Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya....... ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"

???????????? ???????.. ......... .........

Sabtu, 5 Julai 2014

7 fakta menarik dan unik


Tahukah anda terdapat pelbagai fakta menarik yang ada di dunia ni??sini aku nak share sikit 7 fakta menarik yang korang semua terfikir atau tak..jom tgk ni..

1. Nama yang paling banyak digunakan diseluruh dunia adalah Muhamad
2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk adalah Madu
3. Siput boleh tidur selama 3 tahun
4. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus dapat membiak lebih dari sejuta ekor anak tikus
5. Memakai headphone selama 1 jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda
6. Setiap lipstik mengandungi sisik ikan
7. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : Semuanya ditemukan oleh PEREMPUAN..


Menarik tak?Nantikan fakta terbaru untuk di kupas untuk rakan2 semua..

10 Fakta atau Auta PUASA Yang Patut Anda Ketahui



1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarkan badan.

Auta: Mandi ketika puasa adalah makruh.

Fakta: Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas. 

2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga yang berlubang.

Auta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa.

Fakta: Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian rupa. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh.

3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Auta: Wajib atau sunat untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu imsak sebagai langkah berjaga-jaga.

Fakta: Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.

4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.

Auta: Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.

Fakta: Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. 

5. Merasai makanan dengan lidah.

Auta: Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.

Fakta: Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan). 

Jumaat, 4 Julai 2014

Tanda Malam Lailatul Qadar-Menurut Rasulullah & Para Shabat

Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurafat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda-tanda yang sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?

Nabi sollallahu’alaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenangIbnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannyaDari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallambersabda:“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpiSeperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatanAbu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Wallahua’lam

Apa kata sains tentang puasa?


Dalam bulan ini, kita berpeluang untuk merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Bukan saja merehatkan, kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan "dirinya" dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini.

Berpuasa juga akan memberikan peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan. Pada peringkat awal berpuasa, kita sedari bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, kuit kering bersisik, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Ini semua merupakan petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan.



Berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat Islam. Selalunya pada bulan inilah kita merasakan bahawa kekuatan dalam diri kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian.Bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan kekuatan fizikal, bulan Ramadan pasti menguji ketahanan diri. Bagi mereka yang mudah lemah semangat, kelebihan bulan Ramadan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri.

Sabtu, 28 Jun 2014

Tempat-Tempat Berhantu Di Malaysia

1. Highland Tower

Highland Tower
Pada 11 Mac 1993, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang terkorban. Berikutan kejadian tersebut, 2 lagi blok dikosongkan sejurus sahaja selepas kejadian. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang hanya segelintir sahaja mayat yang dijumpai dan selebihnya masih lagi terkubur di kawasan itu.
2. Banglo Mona Fandey
banglo mona fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis yang juga merupakan seorang bomoh. Beliau dan suaminya serta pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan negara. Mayat Mazlan Idris ditemui tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo itu. Pada tahun 2001, Mona dan 2 orang lagi dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman tersebut dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.
3. Villa Nabila
Villa Nabila
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak itu, banyak penemuan-penemuan mistik di sekitar kawasan tersebut. Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran Straits View Hotel menghala ke Dataran Johor Bahru. Pelbagai versi kisah tentang banglo ini namun, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar banglo ini.
4. Amber Apartment
amber apartment
Sebuah apartment usang yang terletak di Genting Highland, sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung yang berkunjung ke sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat itu. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia terjun dari tingkap bangunan itu dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat itu.
5. Kemayan City Mall
kemayan city mall
Sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Kompleks tersebut telah menjadi tempat tinggal pelbagai jenis makhluk halus.
6. Lebuhraya Karak
lebuhraya karak
Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Suatu masa dahulu pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna di lebuhraya ini. Lebuhraya ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
7. Penjara Pudu
penjara pudu
Penjara Pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu. Ini dibuktikan bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan bermacam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah turut mengganggu pegawal penjara yang sedang bertugas. Kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.

Khamis, 19 Jun 2014

Rumah Mamat Khalid disamun, rugi hampir RM100,000??


Pengarah filem Mohammad Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid kerugian hampir RM100,000 apabila tiga perompak memecah masuk kediamannya hari ini dan melarikan pelbagai barangan termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kamera antik milik pengarah itu.















Isteri Mamat, Hasmah Hassan, 50, atau lebih dikenali sebagai Intan berkata kejadian itu disedari beliau pada pukul 6.30 pagi tadi ketika bangun tidur untuk menunaikan solat Subuh

"Daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perompak dilihat telah umpil tingkap bahagian tepi rumah dan masuk ke dalam rumah. Mereka melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, Ipad, gajet mainan mudah alih (PSP) dan wang tunai RM500.

"Kerugian dianggarkan hampir RM100,000," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini, malam ini.

Menurut Hasmah, sejurus memasuki rumah, penjenayah itu mengambil kunci pintu utama rumah dan pagar serta kunci kenderaan tersebut yang disimpan dalam mangkuk di atas piano berhampiran pintu utama rumah.Katanya ketika kejadian beliau berada di rumah bersama dua anaknya iaitu Mohd Khalid Adam, 19, dan Nurhassanah, 14, manakala Mamat Khalid sedang menjalankan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah, Tanjung Malim.

Katanya beliau telah buat laporan di Balai Polis Kampung Rapat pada pukul 11 pagi tadi.Siasatan polis tidak menjumpai sebarang kesan cap jari namun beliau telah menyerahkan rakaman CCTV dalam bentuk cakera padat untuk siasatan lanjut pihak polis, katanya.



5 Faktor Nasib Malang Sepanyol di Brazil



Sepanyol menjadi pasukan kelima yang tersingkir di peringkat pertama Piala Dunia selepas tewas mengejut 2-0 kepada Chile awal pagi tadi.

AFP Sports menyenaraikan lima sebab malang aksi penyandang juara itu di Brazil.




1. Masih mengekalkan pemain veteran

Selepas tewas 5-1 kepada pasukan Belanda, jurulatih Vicente del Bosque terpaksa bertindak menggugurkan Xavi Hernandez dan Gerard Pique, dengan menggantikannya kepada Pedro Rodriguez dan Javi Martinez.

Walaubagaimanapun, nafas baru bagi pasukan Sepanyol sepatutnya sudah bermula sejak awal lagi. Pemain seperti pemain midfield Atletico Madrid, Keko yang sentiasa tampil penuh bersemangat, agak terlewat dimasukkan ke dalam pasukan.

Adakah mungkin bergantung harap terhadap Iker Casillas satu percaturan salah? Kapten pasukan ini mempunyai ‘track record’ cemerlang, namun Casillas tidak bermain kerap dengan pasukan Real Madrid dan Del Bosque memiliki alternatif dalam mencatur bahagian gol, tanpa bantuan Victor Valdes yang mengalami kecederaan buku lali.

2. Pertahanan titik lemah

Jika semua menuding jari terhadapnya, Casillas mungkin akan memberikan respon sistem pertahanan depan hanya patut menerima kritikan. Walaubagaimanapun, kemenangan Sepanyol di Euro 2012 dan 2010 adalah kerana pertahanan yang ketat.

Inspirasi Carles Puyol tidak diendahkan. Pique dan Sergio Ramos adalah faktor utama pertahanan bek tengah, namun buat masa ini, Javi Martinez telah membuktikan sebagai titik lemah pertahanan terutamanya ketika pasukan berdepan dengan Chile.

Di antara Belanda dan Chile, Sepanyol muncul gah dengan formula luarbiasa dan tidak mampu untuk bertahan sehingga tujuh gol membolosi tiang gol pihak lawan dalam dua permainan.

Rabu, 18 Jun 2014

Fakta Keajaiban Air Mata

7 keajaiban yang anda dapatkan setelah menangis dan berair mata :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu obat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

Selasa, 17 Jun 2014

Pengalaman Dalam Filem "Ia Wujud"


Pada 3 November 2013, saya telah mengulas filem “Highlands Tower”. Semalam saya sempat menonton filem “Ia Wujud” yang diilhamkan dari filem “Highlands Tower” terbitan MIG Pictures Sdn Bhd.
Pengalaman mereka membuktikan bahawa hantu itu wujud walaupun ia tidak dapat dilihat dalam kamera. Yang nampak botol bergerak dan dipecahkan tetapi wajah sebenar hantu memang tidak kelihatan. Walaupun filem ini agak menyeramkan tetapi ia juga mengandungi unsur komidi yang menyebabkan penonton ketawa.Bertajuk ‘Ia Wujud’, filem tersebut diolah oleh Dharma Aizat berdasarkan visual rakaman yang didapati daripada kamera lima anak muda iaitu Your, Amad, Arif, Anam dan Tommy.
Pada awalnya, niat untuk merakamkan visual tersebut sekadar suka-suka, apatah lagi apabila mendengar banyak cerita seram dan misteri berkisar taman tema pertama di Malaysia yang telah menjadi tempat terbiar.Bagaimanapun, mereka berasa terpanggil untuk berkongsi hasil rakaman tersebut untuk dijadikan filem setelah menonton filem Highlands Tower.
Kelima-lima pemuda ini telah berkunjung ke bekas taman tema Mimaland yang ditutup sepenuhnya untuk orang ramai sejak tahun 1994 akibat kes kematian yang pernah berlaku dan ciri-ciri keselamatan yang longgar.Mereka tiba di situ sejak petang lagi, dan merancang untuk bermalam di samping melakukan beberapa upacara memanggil hantu bagi membuktikan kewujudan makhluk halus yang tidak terzahir pada penglihatan mata kasar.
Berbekalkan beberapa kamera, mereka membuat rakaman di beberapa kawasan terbiar dalam taman tema itu seperti ruang pejabat dan kawasan hutanWalaupun telah diberi amaran oleh seorang lelaki yang merupakan penjaga kawasan tersebut, mereka tidak menghiraukannya dan meneruskan rancangan untuk menjejaki makhluk halus di situ
Menjelang malam, mereka mula bermain tiga permainan untuk menyeru hantu atau makhluk halus iaitu Spirit of The Coin, pemujaan pocong dan pemujaan pontianak.Bahayanya, permainan perlu dihabiskan atau ancaman lain akan menyusuli mereka jika permainan tersebut ‘tergantung’ tanpa pengakhiran.
Kelima-lima watak dalam filem ini boleh dikatakan menyerlah kerana mempunyai karakter masing-masing yang tersendiri.Your sebagai ketua yang tegas, Arif yang panas baran dan cepat bosan, Amad jurukamera yang neutral, Anam si lelaki lembut dan Tommy yang lurus tetapi penuh semangat dalam usaha mencari jalan untuk meneruskan aktiviti mereka walaupun mendapat tentangan penjaga taman tema tersebut
Mungkin kerana rakaman tersebut adalah benar telah memberi kelebihan kepada filem ini kerana tiada lakonan yang tampak dibuat-dibuat oleh mereka.Antara karakter yang pasti akan mencuit hati penonton adalah Anam, lelaki berperwatakan lembut yang menyertai misi rakan-rakannya untuk membuktikan keberanian dan kelelakiannya
Walaupun Anam merupakan watak yang paling banyak kerenah, namun “Ia Wujud” pasti hambar tanpa penampilannya yang menambah ‘warna’ dalam filem ini.Watak lain yang pasti membuatkan penonton ketawa adalah Tommy, seorang pemuda Sabah yang pekat berbicara dalam dialek negerinya.Perwatakan Tommy yang selamba dan seakan-akan lurus tanpa disengajakan menimbulkan elemen lucu yang natural sehingga penonton boleh ketawa tanpa dipaksa.
Walaupun cepat hilang sabar dan panas baran, keberanian Arif wajar dipuji apabila dia sanggup ditinggalkan bersendirian dalam permainan pemujaan pocong.Babak tersebut boleh dikatakan antara babak paling seram selain Your dan Amad yang turut perlu menghabiskan permainan dalam keadaan ‘diganggu’ selepas rakan mereka ditimpa tragedi akibat permainan itu.
Tidak rugi menontonnya bagi anda yang gemarkan filem seram atau paranomal dan ingin menyokong industri perfileman tempatan!Pengarah filem Dharma Aizat yakin filem arahan terbaharunya berjudul “Ia Wujud “ dapat diterima penonton meskipun ia tidak melibatkan sebarang pelakon profesional sebagai pelaris karya tersebut.

Dharma berkata, pelbagai kejadian misteri dalam karya itu hasil rakaman asal sekumpulan anak muda di sebuah taman tema yang telah ditutup adalah kekuatan utama kepada filem berkenaan.“Filem ini sebenarnya diarahkan oleh kelima-lima mereka yang pergi ke taman tema berkenaan berbekalkan beberapa buah kamera untuk merakamkan kejadian pelik di tempat tersebut yang telah ditutup sejak tahun 1994 dan saya sebagai pengarah dan pengarah filem ini kagum dengan apa yang mereka hasilkan.
“Ia Wujud adalah sebuah filem misteri cukup berbeza biarpun tidak menampilkan sebarang pelakon popular tetapi jalan cerita dan pengalaman kelima-lima mereka sudah memadai untuk menjadikan karya ia menarik,” katanya.Filem ini ditayangkan mulai 15 Mei lalu yang menampilkan Zakaria Zahid, 27, Ahmad Syafiq, 22, Muhd Arif Adam, 20, Anam Azizan, 23 dan Tom, 25 sebagai pelakon utama.Kelima-lima individu berkenaan merakamkan suasana di sebuah taman tema dengan tujuan untuk mencari kisah alam misteri.
Dalam pada itu, Dharma berkata, dia mengalami kesukaran bagi mencari visual terbaik selain cuba mengolah jalan cerita agar ia kelihatan tersusun dan menyakinkan.“Kesemua visual yang diperoleh ada lebih kurang enam jam kesemuanya dan saya perlu meneliti kesemua bahan yang ada dan ia bukan kerja yang mudah kerana mereka bukan profesional dalam mengendalikan kamera.
“Tetapi kami berjaya mendapatkan rakaman-rakaman menarik selain menyusun semua perbualan mereka dalam video berkenaan supaya dapat menjadikan sebuah kisah yang menarik untuk di filemkan,” ujarnya.

Pengalaman mereka membuktikan bahawa hantu itu wujud walaupun ia tidak dapat dilihat dalam kamera. Yang nampak botol bergerak dan dipecahkan tetapi wajah sebenar hantu memang tidak kelihatan. Walaupun filem ini agak menyeramkan tetapi ia juga mengandungi unsur komedi yang menyebabkan penonton ketawa.Pada keseluruhannya  tidak merugikan kita menonton filem “Ia Wujud” walaupun ia bukan dilakoni oleh pelakon terkenal

Isnin, 16 Jun 2014

Masalah Hidung Kerap Berdarah


Pendarahan hidung (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.












Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah, seperti:

·         Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering.
·         Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus
·         Selesema dan flu
·         Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)
·         Hidung terhantuk/trauma
·         Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)
·         Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)
·         Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)