Pada 3 November 2013, saya telah mengulas filem
“Highlands Tower”. Semalam saya sempat menonton filem “Ia Wujud” yang
diilhamkan dari filem “Highlands Tower” terbitan MIG Pictures Sdn Bhd.
Pengalaman mereka membuktikan bahawa hantu itu
wujud walaupun ia tidak dapat dilihat dalam kamera. Yang nampak botol bergerak
dan dipecahkan tetapi wajah sebenar hantu memang tidak kelihatan. Walaupun
filem ini agak menyeramkan tetapi ia juga mengandungi unsur komidi yang
menyebabkan penonton ketawa.Bertajuk ‘Ia Wujud’, filem tersebut diolah oleh
Dharma Aizat berdasarkan visual rakaman yang didapati daripada kamera lima anak
muda iaitu Your, Amad, Arif, Anam dan
Tommy.
Pada awalnya, niat untuk merakamkan visual
tersebut sekadar suka-suka, apatah lagi apabila mendengar banyak cerita seram
dan misteri berkisar taman tema pertama di Malaysia yang telah menjadi tempat
terbiar.Bagaimanapun, mereka berasa terpanggil untuk berkongsi hasil rakaman
tersebut untuk dijadikan filem setelah menonton filem Highlands Tower.
Kelima-lima pemuda ini telah berkunjung ke bekas
taman tema Mimaland yang ditutup sepenuhnya untuk orang ramai sejak tahun 1994
akibat kes kematian yang pernah berlaku dan ciri-ciri keselamatan yang longgar.Mereka
tiba di situ sejak petang lagi, dan merancang untuk bermalam di samping
melakukan beberapa upacara memanggil hantu bagi membuktikan kewujudan makhluk
halus yang tidak terzahir pada penglihatan mata kasar.
Berbekalkan beberapa kamera, mereka membuat
rakaman di beberapa kawasan terbiar dalam taman tema itu seperti ruang pejabat
dan kawasan hutanWalaupun telah diberi amaran oleh seorang lelaki yang
merupakan penjaga kawasan tersebut, mereka tidak menghiraukannya dan meneruskan
rancangan untuk menjejaki makhluk halus di situ
Menjelang malam, mereka mula bermain tiga
permainan untuk menyeru hantu atau makhluk halus iaitu Spirit of The Coin,
pemujaan pocong dan pemujaan pontianak.Bahayanya, permainan perlu dihabiskan
atau ancaman lain akan menyusuli mereka jika permainan tersebut ‘tergantung’
tanpa pengakhiran.
Kelima-lima watak dalam filem ini boleh dikatakan
menyerlah kerana mempunyai karakter masing-masing yang tersendiri.Your sebagai
ketua yang tegas, Arif yang panas baran dan cepat bosan, Amad jurukamera yang
neutral, Anam si lelaki lembut dan Tommy yang lurus tetapi penuh semangat dalam
usaha mencari jalan untuk meneruskan aktiviti mereka walaupun mendapat
tentangan penjaga taman tema tersebut
Mungkin kerana rakaman tersebut adalah benar
telah memberi kelebihan kepada filem ini kerana tiada lakonan yang tampak
dibuat-dibuat oleh mereka.Antara karakter yang pasti akan mencuit hati penonton
adalah Anam, lelaki berperwatakan lembut yang menyertai misi rakan-rakannya
untuk membuktikan keberanian dan kelelakiannya
Walaupun Anam merupakan watak yang paling banyak
kerenah, namun “Ia Wujud” pasti hambar tanpa penampilannya yang menambah
‘warna’ dalam filem ini.Watak lain yang pasti membuatkan penonton ketawa adalah
Tommy, seorang pemuda Sabah yang pekat berbicara dalam dialek negerinya.Perwatakan
Tommy yang selamba dan seakan-akan lurus tanpa disengajakan menimbulkan elemen
lucu yang natural sehingga penonton boleh ketawa tanpa dipaksa.
Walaupun cepat hilang sabar dan panas baran,
keberanian Arif wajar dipuji apabila dia sanggup ditinggalkan bersendirian
dalam permainan pemujaan pocong.Babak tersebut boleh dikatakan antara babak
paling seram selain Your dan Amad yang turut perlu menghabiskan permainan dalam
keadaan ‘diganggu’ selepas rakan mereka ditimpa tragedi akibat permainan itu.
Tidak rugi menontonnya bagi anda yang gemarkan
filem seram atau paranomal dan ingin menyokong industri perfileman tempatan!Pengarah
filem Dharma Aizat yakin filem arahan terbaharunya berjudul “Ia Wujud “ dapat
diterima penonton meskipun ia tidak melibatkan sebarang pelakon profesional
sebagai pelaris karya tersebut.
Dharma berkata, pelbagai kejadian misteri dalam
karya itu hasil rakaman asal sekumpulan anak muda di sebuah taman tema yang
telah ditutup adalah kekuatan utama kepada filem berkenaan.“Filem ini
sebenarnya diarahkan oleh kelima-lima mereka yang pergi ke taman tema berkenaan
berbekalkan beberapa buah kamera untuk merakamkan kejadian pelik di tempat
tersebut yang telah ditutup sejak tahun 1994 dan saya sebagai pengarah dan
pengarah filem ini kagum dengan apa yang mereka hasilkan.
“Ia Wujud adalah sebuah filem misteri cukup berbeza
biarpun tidak menampilkan sebarang pelakon popular tetapi jalan cerita dan
pengalaman kelima-lima mereka sudah memadai untuk menjadikan karya ia menarik,”
katanya.Filem ini ditayangkan mulai 15 Mei lalu yang menampilkan Zakaria Zahid,
27, Ahmad Syafiq, 22, Muhd Arif Adam, 20, Anam Azizan, 23 dan Tom, 25 sebagai
pelakon utama.Kelima-lima individu berkenaan merakamkan suasana di sebuah taman
tema dengan tujuan untuk mencari kisah alam misteri.
Dalam pada itu, Dharma berkata, dia mengalami
kesukaran bagi mencari visual terbaik selain cuba mengolah jalan cerita agar ia
kelihatan tersusun dan menyakinkan.“Kesemua visual yang diperoleh ada lebih
kurang enam jam kesemuanya dan saya perlu meneliti kesemua bahan yang ada dan
ia bukan kerja yang mudah kerana mereka bukan profesional dalam mengendalikan
kamera.
“Tetapi kami berjaya mendapatkan rakaman-rakaman
menarik selain menyusun semua perbualan mereka dalam video berkenaan supaya
dapat menjadikan sebuah kisah yang menarik untuk di filemkan,” ujarnya.
Catat Ulasan