TANDA-TANDA SAKIT DI
BADAN | Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud
tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di
bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.
Tanda-tanda sakit yang
selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk
menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus
sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan
cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang
sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi
clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
1. MATA (Bertindak balas
dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah :
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan
kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur :
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.
penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata :
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan
mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak
puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung
mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses
pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan
(biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah
alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar
selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak
merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering.
Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa
badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih
serius.
5. BIBIR (Berkaitan
dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman
yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang
disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan
kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan
RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan
toksin.
6. MULUT DAN LIDAH :
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi
bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang
berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau
gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk
pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan
dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa
tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang
lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang
setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan
mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL :
Badan
menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN
RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan
ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN
BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma
pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan
tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN
DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas.
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit
pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas
Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian
bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak
seimbang.
b) KEBAS TANGAN :
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN
LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di
bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung
mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI :
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI :
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan
duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI :
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK
KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal
penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya,
segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan
sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI
BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan
mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI
BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah
(tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA
GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI
KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan
penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran
darah tidak lancar.
15.
MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit
lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian
perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN
PENDEK :
Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG
PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK
: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT
BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah
pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP
BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit
dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian
usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan
toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah
penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah
penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin
di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara
amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk :
Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal:
Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap:
Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang :
Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/
MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak
air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet
muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK
DARAH/MARAH :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN
TAKUT :
Sistem paru-paru yang lemah.
Catat Ulasan