"Kerugian dianggarkan hampir RM100,000," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini, malam ini.
Menurut Hasmah, sejurus memasuki rumah, penjenayah itu mengambil kunci pintu utama rumah dan pagar serta kunci kenderaan tersebut yang disimpan dalam mangkuk di atas piano berhampiran pintu utama rumah.Katanya ketika kejadian beliau berada di rumah bersama dua anaknya iaitu Mohd Khalid Adam, 19, dan Nurhassanah, 14, manakala Mamat Khalid sedang menjalankan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah, Tanjung Malim.
Katanya beliau telah buat laporan di Balai Polis Kampung Rapat pada pukul 11 pagi tadi.Siasatan polis tidak menjumpai sebarang kesan cap jari namun beliau telah menyerahkan rakaman CCTV dalam bentuk cakera padat untuk siasatan lanjut pihak polis, katanya.
Catat Ulasan