Pendarahan hidung (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila
salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam
hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan
permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.
Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah,
seperti:
·
Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan
berdarah dalam cuaca panas serta kering.
·
Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus
·
Selesema dan flu
·
Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)
·
Hidung terhantuk/trauma
·
Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila
kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)
·
Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)
·
Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan
atau semburan hidung)
Antara punca yang jarang berlaku tetapi masih boleh menyebabkan
hidung berdarah:
·
Kehadiran benda asing atau polip dalam hidung
·
Gangguan atau masalah kesihatan berkaitan darah – Masalah
pencairan darah
·
Perkembangan vaskular yang tidak sempurna
·
Ketumbuhan dalam saluran hidung dan tekak
Kaedah merawat asas kepada pendarahan hidung:
1. Bernafas
seperti biasa TETAPI menggunakan rongga mulut. ELAK bernafas melalui hidung
2. JANGAN
menghembus udara kuat melalui hidung
3. Jangan
banyak bercakap, batuk dan bersin. Ini akan mengganggu proses pembekuan Pada
pembuluh darah
4. Duduk
atau berdiri dengan kepala sedikit ke hadapan
5. JANGAN
baring
6. Beri
tekanan dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian pertemuan
rawan hidung dan tulang. Tekanan diberi di bahagian rawan.
7. Beri
tekanan secara berterusan selama 10 minit
8. Peringatan: Jangan asyik memeriksa sama ada pendarahan sudah
berhenti dengan mengalihkan jari. Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu
menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa. Alih perhatian anak dengan
menyuruhnya membaca atau menonton televisyen.
9. Sentiasa
pastikan rongga pernafasan tidak ada gangguan atau objek yang menghalang
pernafasan. Dalam kes ini rongga pernafasan hidung sudah tidak berfungsi dengan
baik. Pernafasan hanya bergantung kepada rongga mulut.
10. Pastikan
tiada sekatan pakaian atau objek luar dibahagian leher.
11. Jika
pendarahan berterusan. Perlu mendapat rawatan lanjut.
12. Apabila
pendarahan berhenti, pastikan anak tidak cuba mengorek atau menghembus nafas
dengan kuat (untuk mengeluarkan sisa darah) dalam tempoh 24 jam. Malah dalam
tempoh itu anak anda perlu berehat dan tidak sepatutnya berlari ke sana sini
atau terbabit dalam permainan lasak untuk mengelak pendarahan berulang.
Cara untuk mengelakkan hidung berdarah kembali:-
1. Banyakkan
minum air suam bagi memastikan badan sentisa sejuk dan tidak terhidrat.
2. Jangan
sesekali menghembus hidung terlalu kuat. Takuti akan menyebabkan hidung
berdarah, luka kembali. Mudah terjadi apabila seseorang itu bersin terlalu
kuat.
3. Sekiranya
mendapati hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang
tajam dan terlalu dalam. Perlu berhati-hati sebaiknya gunakan pelembab atau
minyak bayi bagi membersihakn rongga hidung.
4. Kemungkinan
juga seseorang itu ada mengambil ubat-ubatan yang mengandungi aspirin, warfarin
atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).
5. Ibu
bapa harus perhatikan tingkah anak yang mengalami masalah hingus yang keras dan
melekat pada membran mukosa sebenarnya boleh menyebabkan luka bila hidung
dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.
6. Berjumpalah
dengan doktor sekiranya anda mendapati tanda-tanda seperti:-
7. Apabila
darah dalam hidung mengalir terlalu laju atau kehilangan banyak darah dalam
beberapa saat. Berasa hendak pitam atau pengsan.
Catat Ulasan