Salam sejahtera semua,
Kali ini saya nak kongsikan sedikit
mengenai FACEBOOK yang boleh mendatangkan keuntungan kepada anda terutama
bagi mereka yang mempunyai blog,ebook dan sebagainya untuk aktiviti pemasaran.
Facebook merupakan “LUBUK
PEMASARAN” bagi pelbagai jenis perniagaan
tidak kira perniagaan tersebut dijalankan secara online mahupun offline.
Penggunaan Fan Page sebagai laman yang akan mempromosikan perniagaan
semakin tersebar.
Ramai usahawan-usahawan
berlumba-lumba membina Fan Page perniagaan mereka
namun ramai juga yang kecewa kerana Fan Page mereka tidak mendatangkan apa-apa
keuntungan kepada mereka.Sebenarnya bukan salah fan page tersebut tetapi salah
usahawan itu sendiri kerana tidak menghasilkan dan menguruskan dengan baik fan
page mereka.
Kuasa Fan Page ini amat-amat memberi
kesan terhadap perniagaan namun
kesannya tidak akan terhasil jika tidak dilakukan dengan cara yang betul.Fan
page perniagaan yang mempunyai rekaan grafik pada timeline serta gambar profil
yang kelihatan professional akan meningkatkan kredibiliti serta imej perniagaan
tersebut dan perkara ini amat-amat kritikal.
Begitulah betapa penting serta
kritikalnya potensi Fan Page ini kepada perniagaan.
Persoalan sekarang apa kaitannya dengan anda…???
Ya… soalan yang agak menarik bukan…
sebenarnya anda mungkin sudah nampak potensi Fan Page namun anda mungkin tidak
nampak potensi orang yang menguruskan fan page tersebut.
Satu perkara yang perlu anda ingat
bahawa secara majoritinya usahawan atau ahli perniagaan tidak mempunyai banyak
masa untuk membelek-belek fan page mereka. Mereka sedar bahawa mereka perlu
‘leverage’ kan kerja tersebut tetapi masalahnya kepada siapa mereka ingin
‘leverage’ kan…???
Anda perlu ingat:
1: Bahawa usahawan-usahawan atau
ahli perniagaan ini orang berniaga.
2: Orang berniaga pastinya
memikirkan keuntungan.
*Mereka tidak akan berkira jika
sesuatu itu mampu memberikan keuntungan kepada mereka mahupun perniagaan
mereka.
*Jika mereka yakin bahawa anda boleh
menguruskan Fan Page mereka sudah mereka sanggup membayar tinggi kepada anda
dengan syarat ianya bakal memberi untung besar kepada mereka.
Oleh itu anda harus rebut peluang
ini dan jadilah seorang ‘fesbuk manager’ dan yakin prospek anda untuk
menggunakan khidmat anda bagi menguruskan fan page mereka.
Di harap perkongsian ini dapat berikan sedikit informasi berguna kepada anda semua untuk melakukan aktiviti pemasaran gerila menggunakan Facebook.Jumpa lagi di perkongsian yang seterusnya>>
Catat Ulasan