Setiap
perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu
terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas
pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah
dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang
diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara.
Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan
penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang
kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai.
Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia
mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam
perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai
Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan
perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan
memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu
kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.
kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.
1:Mengkaji tentang suasana dan kedudukan
Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor
kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan
pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti
ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci
sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi
buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai
dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa
memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan
untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang
sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum
memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan
main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.
2:Mencari rakan kongsi yang boleh
dipercayai
Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi
yang boleh dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk
dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan
menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan
bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa
mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka
telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di
sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang
yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing
memberi komitmen yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja
yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek
kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.
3:Bermula secara kecil-kecilan
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan
secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar
sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan
sambilan sudah memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual
kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada
ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah
tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah
mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini
selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek,
arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas
mengambil alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah
kilang pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya
semakin maju tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan.
Kerana Pak Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah
ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah
dalam negerinya.
4:Mengupah pekerja yang boleh dipercayai
Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam
perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan
perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan
lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang
boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak
dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh
mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu
atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka.
Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati
dengan kesenangan dan kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu
menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita
juga selamat dan perniagaan kita terus maju.
5:Mempunyai strategi yang berkesan
Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan
itu berjaya, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja
perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang
sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya
memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia yang
serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai
wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak
penyakit yang disebabkan bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti
sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi
manusia atau haiwan. Wabak penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati,
tetapi kita masih mempunyai peluang untuk mencegahnya. Maka, perniagaan dalam
bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita
tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah
perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini
juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang penyakit
merebak.
6:Mendengar dan mengikuti kemahuan
pelanggan
Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah
perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan
mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak,
pelanggan akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi
kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu
yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat
dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya
meluaskan perniagaan ke serata dunia. McDonalds di India telah menyediakan menu
khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger ayam. Mereka telah tampil
dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh memakan daging. Selain
itu, di Itali pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan dengan
daging khinzir. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging
ikan salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga
disajikan dengan memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera
pelanggan. Tidak kurang hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.
7:Bersedia untuk memulakan perniagaan yang
besar
Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua
usahawan. Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke
peringkat yang seterusnya? Kejayaan kita mampu diukur setelah kita melihat dan
merasakan sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu Iqbal hanya menjual
laksa dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah, dia
telah mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik
lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada
resipi arwah ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan
kedai baru itu, Iqbal menjadi semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk
merubah masa depannya. Semakin hari, perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal
sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun sepanjang dia berniaga menaiki
motorsikal roda tiga.
Catat Ulasan