Ahad, 25 Mei 2014
DNA BABI DALAM COKLAT CADBURY DAIRY MILK
Dua sampel coklat Cadbury iaitu (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi "DNA BABI"(PORCINE).
DNA khinzir itu dikesan oleh Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor NO200813MO1H bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam bernombor 221013N01R bertarikh luput 15 Januari 2015.
Isu pengesanan DNA babi dalam produk Cadbury tersebar luas di media sosial sejak semalam yang
memaparkan keputusan analisis terhadap dua produk berkenaan.
"Kementerian Kesihatan menasihati orang ORANG RAMAI supaya membaca nombor kelompok (batch no) pada label produk sebelum membeli dan memakannya," kata Dr Noor Hisham,
Beliau berkata penggeluar coklat terbabit Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd akan memanggil balik produk -produk itu daripada pasaran dengan serta merta.
Bagi pendapat saya la kan,Syarikay Cadbury ini harus di saman kerana melanggar peraturan HALAL MALAYSIA.tak sangka pulak coklat tersebut telah mengandungi DNA BABI selama ini.Hish!!
Menyesal2!! Hanya Allah yang tahu yang kita ni tak sengaja dan tak tahu mengenai perkara tersebut selama ini kita telah makan coklat tersebut.Harap lepas ini rakan-rakan sudah tahu mengenai perkara ini.
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan