Kisah Hidup CEO
WhatsApp :
Tokoh-tokoh teknologi selalunya datang dari keluarga yang berada. Mark Zuckerberg adalah anak kepada pasangan doktor gigi dari keluarga kelas menengah-atas. Bill Gates pula secara teknikalnya, adalah seorang jutawan sebelum beliau memulakan Microsoft lagi pada tahun 1975. Bagi pengasas Google pula, Larry Page, ibu dan bapa beliau adalah professor , begitu juga dengan Sergey Brin, bapa beliau juga seorang profesor dan ibunyaadalah merupakan salah seorang penyelidik di NASA.
Tapi,
bagi Jan Koum, iaitu salah seorang pengasas kepada aplikasi WhatsApp, yang telah dibeli
oleh pihak Facebook pada nilai $19billion, mempunyai kisah
hidup yang sedikit berbeza.
Dibesarkan Di
Ukraine
Jan
Koum dibesarkan di rumah yang tidak memiliki pemanas air, di sebuah
perkampungan kecil yang terletak di luar Kiev, Ukraine. Ibu bapa beliau juga
jarang menggunakan telefon kerana takut perbualan menerusi telefon mereka
dipintas oleh pihak kerajaan secara rahsia. Pengalaman tersebut, menyebabkan
Koum amat menitikberatkan tentang isu perlindungan maklumat pengguna di dalam
aplikasi WhatsApp.
Pada
usia 16 tahun, Koum dan ibunya telah berpindah ke Mountain View disebabkan
masalah politik yang agak teruk di Ukraine. Mereka telah tinggal di sebuah
apartment kecil yang mempunyai dua bilik. Bapanya telah meninggal pada tahun
1997 sebelum mereka sempat berpindah ke Mountain View. Untuk menampung sara
hidup, ibunya telah bekerja sebagai penjaga bayi dan beliau pula membantu
ibunya mendapatkan pendapatan sampingan dengan bekerja sebagai pencuci lantai
di pasaraya. Apa yang menyayat hati, ibunya telah disahkan menghidap kanser dan
meninggal dunia pada tahun 2000.
Kehidupan
Remaja
Di
sekolah, Koum adalah seorang pelajar yang agak nakal. Namun pada usia 18 tahun,
beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk belajar tentang komputer, beliau
akan membeli buku-buku berkaitan rangkaian komputer di kedai buku terpakai dan
akan memulangkannya semula selepas beliau habis membacanya. Beliau juga pernah
menyertai kumpulan hackers yang diberi nama woowoo dan pernah memecah masuk
server Silicon Graphics dan seringkali juga berbual dengan pengasas Napster,
Sean Fanning menerusi IRC.
Kemudian,
Koum telah melanjutkan pelajarannya di Universiti San Jose dan bekerja secara
sambilan di Earnt & Young sebagai penguji keselamatan. Disitu, beliau telah
duduk berhadapan dengan meja Brian Acton (pengasas bersama WhatsApp), yang pada
ketika itu bertugas untuk menyemak sistem pengiklanan syarikat.
Berbeza
dengan Koum, Acton, adalah merupakan seorang graduan sains komputer dari
Universiti Stanford, beliau membesar dengan bermain golf di Florida. Pada satu
ketika, bapa Acton pernah mencuba untuk menjadi pemain golf profesional. Ibunya
pula adalah pengasas kepada sebuah syarikat penghantaran udara.
Bekerja Di
Yahoo
Enam
bulan kemudian Koum ditemuduga di Yahoo dan mendapat pekerjaan sebagai seorang
jurutera infrastruktur. Namun begitu, dia masih lagi belajar di Universiti San
jose. Dua minggu selepas beliau bekerja, salah satu server pelayan syarikat
rosak. Pengasas bersama Yahoo, David Filo, telah menghubungi beliau menerusi
telefon bimbit dan meminta bantuannya. Secara perlahan, Koum menjwab “Saya
dalam kelas”. ”Apa *tut* yang kau buat dalam kelas?” Kata Filo. “Datang
segera ke pejabat!.”
Selepas
peristiwa itu, Koum telah berhenti belajar dan tidak menamatkan pengajiannya.
Selama
9 tahun Acton dan Koum bekerja di Yahoo, beliau telah melihat Yahoo
turun-naik-turun-naik. Acton juga telah melabur ke beberapa syarikat dot com
dan kehilangan beberapa juta dollar pada zaman letupan dotcom (dot com buble
burst).
Pada
tahun terakhir di Yahoo, mereka telah ditugaskan untuk membantu projek Panama,
iaitu sebuah projek platform pengiklanan di Yahoo. Mereka sangat tertekan dan
merasa benci dengan iklan, “Berurusan dengan iklan, adalah perkara yang
sangat menyedihkan. Anda tidak membuat kehidupan sesiapa bertambah baik dengan
menjadikan pengiklanan itu bertambah baik.” kata Koum.
Akhirnya,
pada tahun 2007, berbekalkan wang simpanan sebanyak $400,000 di bank,
Acton dan Koum telah berhenti dari Yahoo dan mula mengembara ke Amerika
Selatan.
Kehidupan
Selepas Yahoo!
Selepas
meninggalkan Yahoo, kehidupan mereka tidaklah begitu berkembang.
Hinggalah
pada awal tahun 2009, Koum telah membeli sebuah iPhone dan mula mendapat idea
untuk membangunkan WhatsApp. Ianya adalah gara-gara disebabkan kecewa dengan
aplikasi Skype, kerana beliau seringkali terlupa kata laluan akaun beliau di
Skype. Jadi, beliau terfikir untuk membuat sebuah aplikasi yang hanya
memerlukan nombor telefon sebagai tanda pengenalan pengguna.
Beliau
telah bertemu dengan Igor Solomennikov, iaitu seorang pembangun aplikasi
di RentACoder.com untuk menghasilkan aplikasi WhatsApp.
Pada
24 Feb 2009, iaitu pada tarikh harijadi Koum, dengan pantasnya, beliau telah
mendaftarkan syarikat WhatsApp Inc di California, walaupun pada ketika itu,
aplikasi WhatsApp masih lagi belum dihasilkan. Pada permulaannya,
aplikasi WhatsApp seringkali ”crash” dan tersangkut. Ia membuatkan Koum
hampir berputus asa dan merancang untuk mencari kerja dan bekerja semula.
Bertemu
Sahabat Lama
Selepas
itu, beliau telah menghubungi Acton yang ketika itu masih lagi tidak bekerja
dan permohonan beliau untuk bekerja di Facebook juga baru sahaja ditolak. Koum
telah menceritakan kepada Acton tentang tentang idea startup beliau, iaitu
aplikasi WhatsApp yang sering bermasalah. Kemudian, mereka bertemu dan Acton
telah memasang aplikasi WhatsApp di telefon beliau dan mencubanya.
Setelah
mencubanya, Acton merasakan ianya satu pengalaman baru yang sangat menarik di
dalam dunia permesejan. Ianya lebih berkesan berbanding sistem MMS yang
seringkali bermasalah di dalam menghantar gambar dan video.
Selepas
itu, mereka berdua bertungkus lumus untuk memperbaiki aplikasi WhatsApp
tersebut. Mereka juga telah menyewa sebuah sudut kecil di pejabat yang sama
dengan Evernote. Namun begitu, mereka dipaksa keluar selepas pihak Evernote
mula berkembang dan mereka telah membeli keseluruhan bangunan pejabat tersebut.
Pada
bulan Oktober 2009, Acton telah berjaya menarik 5 orang bekas pekerja
yahoo untuk melabur sebanyak $250,000 dalam projek WhatsApp mereka. Hanya pada
awal tahun 2010, barulah WhatsApp mampu menjana pendapatan secara stabil
sebanyak $5,000 sebulan. Pada ketika itu juga, mereka menerima banyak
email dari pengguna iPhone yang mahu menggunakan WhatsApp untuk
menghantar mesej kepada rakan mereka yang menggunakan Blackberry. Ditambah lagi
dengan permintaan dari pengguna-pengguna Android yang semakin berkembang pada
ketika itu.
Pada
awal tahun 2011, WhatsApp telah menjadi aplikasi paling popular dan menduduki
carta top 20 di App Store dan pada ketika itu, mereka tetap dengan keputusan
mereka untuk tidak meletakkan sebarang iklan pada aplikasi WhatsApp.
Melihat
kepada perkembangan WhatsApp, pihak Sequioa telah bersetuju untuk melabur
sebanyak $8 juta ke dalam syarikat mereka. Dua tahun selepas itu, apabila
pengguna WhatsApp telah mencecah 200,000 orang pengguna aktif, pihak Sequioa
telah menambah pelaburan mereka sebanyak $50 juta dan menjadikan syarikat
WhatsApp bernilai $1.5 billion.
Hari
ini, Koum dan Acton telah menjadi antara orang yang terkaya di dunia dan
menjadi ikon yang popular di dalam dunia teknologi selepas facebook telah
bersetuju untuk membeli syarikat tersebut pada nilai $19 billion.
Catat Ulasan