.insertB

Jumaat, 23 Mei 2014

Sejarah E-Book Malaysia

Sejarah e-buku Malaysia

2010

Oktober 2010, sebuah penerbit tempatan, KarnaDya Solutions Sdn Bhd menerbit e-buku dalam format EPUB dan MOBI untuk dijual dalam Amazon Kindle, Apple iBooks dan Kobo.

2011

April 2011, sebuah syarikat ICT, Xentral Methods Sdn Bhd, telah memulakan latihan pendigitalan dan mengumpul kandungan e-buku daripada penerbit-penerbit tempatan untuk projek portal digital e-Sentral.
Mei 2011, KarnaDya Solutions Sdn Bhd memperkenalkan buku interaktif Bahasa Melayu pertama, "Hingga Akhir Hayat", untuk jualan di Apple Appstore.
September 2011, Xentral Methods Sdn Bhd melancarkan e-Sentral, portal e-buku lengkap pertama di Malaysia.
Disember 2011, Kumpulan MPH memperkenalkan MPH Digital, perkhidmatan penerbitan digital dan kedai e-buku.

2012

Februari 2012, Xentral Methods Sdn Bhd memperkenalkan elemen interaktif dalam e-buku melalui HTML5 dalam EPUB untuk penerbit menghasilkan kandungan berinteraktif dalam portal e-buku e-Sentral.
Mei 2012, syarikat telekomunikasi Maxis melancarkan eBuuk, kedai e-buku Maxis.
Oktober 2012, YTL Corp melalui perkhidmatan telekomunikasi YES memulakan inisiatif buku teks digital bersama Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui platform frogasia.
Disember 2012, buat pertama kalinya di Asia Tenggara, persidangan e-buku, ASEAN eBook Conference (AEC) diadakan di Kuala Lumpur.
Di Malaysia, syarikat MPH telah menjadi pemula untuk e-buku dengan mengeluarkan e-buku yang telah tamat tempoh hak ciptanya dan diedarkan melalui laman web mereka

Semoga rakan-rakan semua dapat manfaat daripada perkongsian ini.Di masa akan datang,akan ada info-info lagi menarik.

Catat Ulasan