.insertB

Sabtu, 28 Jun 2014

Tempat-Tempat Berhantu Di Malaysia

1. Highland Tower

Highland Tower
Pada 11 Mac 1993, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang terkorban. Berikutan kejadian tersebut, 2 lagi blok dikosongkan sejurus sahaja selepas kejadian. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang hanya segelintir sahaja mayat yang dijumpai dan selebihnya masih lagi terkubur di kawasan itu.
2. Banglo Mona Fandey
banglo mona fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis yang juga merupakan seorang bomoh. Beliau dan suaminya serta pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan negara. Mayat Mazlan Idris ditemui tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo itu. Pada tahun 2001, Mona dan 2 orang lagi dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman tersebut dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.
3. Villa Nabila
Villa Nabila
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak itu, banyak penemuan-penemuan mistik di sekitar kawasan tersebut. Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran Straits View Hotel menghala ke Dataran Johor Bahru. Pelbagai versi kisah tentang banglo ini namun, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar banglo ini.
4. Amber Apartment
amber apartment
Sebuah apartment usang yang terletak di Genting Highland, sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung yang berkunjung ke sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat itu. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia terjun dari tingkap bangunan itu dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat itu.
5. Kemayan City Mall
kemayan city mall
Sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Kompleks tersebut telah menjadi tempat tinggal pelbagai jenis makhluk halus.
6. Lebuhraya Karak
lebuhraya karak
Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Suatu masa dahulu pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna di lebuhraya ini. Lebuhraya ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
7. Penjara Pudu
penjara pudu
Penjara Pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu. Ini dibuktikan bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan bermacam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah turut mengganggu pegawal penjara yang sedang bertugas. Kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.

Khamis, 19 Jun 2014

Rumah Mamat Khalid disamun, rugi hampir RM100,000??


Pengarah filem Mohammad Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid kerugian hampir RM100,000 apabila tiga perompak memecah masuk kediamannya hari ini dan melarikan pelbagai barangan termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kamera antik milik pengarah itu.















Isteri Mamat, Hasmah Hassan, 50, atau lebih dikenali sebagai Intan berkata kejadian itu disedari beliau pada pukul 6.30 pagi tadi ketika bangun tidur untuk menunaikan solat Subuh

"Daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perompak dilihat telah umpil tingkap bahagian tepi rumah dan masuk ke dalam rumah. Mereka melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, Ipad, gajet mainan mudah alih (PSP) dan wang tunai RM500.

"Kerugian dianggarkan hampir RM100,000," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini, malam ini.

Menurut Hasmah, sejurus memasuki rumah, penjenayah itu mengambil kunci pintu utama rumah dan pagar serta kunci kenderaan tersebut yang disimpan dalam mangkuk di atas piano berhampiran pintu utama rumah.Katanya ketika kejadian beliau berada di rumah bersama dua anaknya iaitu Mohd Khalid Adam, 19, dan Nurhassanah, 14, manakala Mamat Khalid sedang menjalankan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah, Tanjung Malim.

Katanya beliau telah buat laporan di Balai Polis Kampung Rapat pada pukul 11 pagi tadi.Siasatan polis tidak menjumpai sebarang kesan cap jari namun beliau telah menyerahkan rakaman CCTV dalam bentuk cakera padat untuk siasatan lanjut pihak polis, katanya.



5 Faktor Nasib Malang Sepanyol di Brazil



Sepanyol menjadi pasukan kelima yang tersingkir di peringkat pertama Piala Dunia selepas tewas mengejut 2-0 kepada Chile awal pagi tadi.

AFP Sports menyenaraikan lima sebab malang aksi penyandang juara itu di Brazil.




1. Masih mengekalkan pemain veteran

Selepas tewas 5-1 kepada pasukan Belanda, jurulatih Vicente del Bosque terpaksa bertindak menggugurkan Xavi Hernandez dan Gerard Pique, dengan menggantikannya kepada Pedro Rodriguez dan Javi Martinez.

Walaubagaimanapun, nafas baru bagi pasukan Sepanyol sepatutnya sudah bermula sejak awal lagi. Pemain seperti pemain midfield Atletico Madrid, Keko yang sentiasa tampil penuh bersemangat, agak terlewat dimasukkan ke dalam pasukan.

Adakah mungkin bergantung harap terhadap Iker Casillas satu percaturan salah? Kapten pasukan ini mempunyai ‘track record’ cemerlang, namun Casillas tidak bermain kerap dengan pasukan Real Madrid dan Del Bosque memiliki alternatif dalam mencatur bahagian gol, tanpa bantuan Victor Valdes yang mengalami kecederaan buku lali.

2. Pertahanan titik lemah

Jika semua menuding jari terhadapnya, Casillas mungkin akan memberikan respon sistem pertahanan depan hanya patut menerima kritikan. Walaubagaimanapun, kemenangan Sepanyol di Euro 2012 dan 2010 adalah kerana pertahanan yang ketat.

Inspirasi Carles Puyol tidak diendahkan. Pique dan Sergio Ramos adalah faktor utama pertahanan bek tengah, namun buat masa ini, Javi Martinez telah membuktikan sebagai titik lemah pertahanan terutamanya ketika pasukan berdepan dengan Chile.

Di antara Belanda dan Chile, Sepanyol muncul gah dengan formula luarbiasa dan tidak mampu untuk bertahan sehingga tujuh gol membolosi tiang gol pihak lawan dalam dua permainan.

Rabu, 18 Jun 2014

Fakta Keajaiban Air Mata

7 keajaiban yang anda dapatkan setelah menangis dan berair mata :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu obat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

Selasa, 17 Jun 2014

Pengalaman Dalam Filem "Ia Wujud"


Pada 3 November 2013, saya telah mengulas filem “Highlands Tower”. Semalam saya sempat menonton filem “Ia Wujud” yang diilhamkan dari filem “Highlands Tower” terbitan MIG Pictures Sdn Bhd.
Pengalaman mereka membuktikan bahawa hantu itu wujud walaupun ia tidak dapat dilihat dalam kamera. Yang nampak botol bergerak dan dipecahkan tetapi wajah sebenar hantu memang tidak kelihatan. Walaupun filem ini agak menyeramkan tetapi ia juga mengandungi unsur komidi yang menyebabkan penonton ketawa.Bertajuk ‘Ia Wujud’, filem tersebut diolah oleh Dharma Aizat berdasarkan visual rakaman yang didapati daripada kamera lima anak muda iaitu Your, Amad, Arif, Anam dan Tommy.
Pada awalnya, niat untuk merakamkan visual tersebut sekadar suka-suka, apatah lagi apabila mendengar banyak cerita seram dan misteri berkisar taman tema pertama di Malaysia yang telah menjadi tempat terbiar.Bagaimanapun, mereka berasa terpanggil untuk berkongsi hasil rakaman tersebut untuk dijadikan filem setelah menonton filem Highlands Tower.
Kelima-lima pemuda ini telah berkunjung ke bekas taman tema Mimaland yang ditutup sepenuhnya untuk orang ramai sejak tahun 1994 akibat kes kematian yang pernah berlaku dan ciri-ciri keselamatan yang longgar.Mereka tiba di situ sejak petang lagi, dan merancang untuk bermalam di samping melakukan beberapa upacara memanggil hantu bagi membuktikan kewujudan makhluk halus yang tidak terzahir pada penglihatan mata kasar.
Berbekalkan beberapa kamera, mereka membuat rakaman di beberapa kawasan terbiar dalam taman tema itu seperti ruang pejabat dan kawasan hutanWalaupun telah diberi amaran oleh seorang lelaki yang merupakan penjaga kawasan tersebut, mereka tidak menghiraukannya dan meneruskan rancangan untuk menjejaki makhluk halus di situ
Menjelang malam, mereka mula bermain tiga permainan untuk menyeru hantu atau makhluk halus iaitu Spirit of The Coin, pemujaan pocong dan pemujaan pontianak.Bahayanya, permainan perlu dihabiskan atau ancaman lain akan menyusuli mereka jika permainan tersebut ‘tergantung’ tanpa pengakhiran.
Kelima-lima watak dalam filem ini boleh dikatakan menyerlah kerana mempunyai karakter masing-masing yang tersendiri.Your sebagai ketua yang tegas, Arif yang panas baran dan cepat bosan, Amad jurukamera yang neutral, Anam si lelaki lembut dan Tommy yang lurus tetapi penuh semangat dalam usaha mencari jalan untuk meneruskan aktiviti mereka walaupun mendapat tentangan penjaga taman tema tersebut
Mungkin kerana rakaman tersebut adalah benar telah memberi kelebihan kepada filem ini kerana tiada lakonan yang tampak dibuat-dibuat oleh mereka.Antara karakter yang pasti akan mencuit hati penonton adalah Anam, lelaki berperwatakan lembut yang menyertai misi rakan-rakannya untuk membuktikan keberanian dan kelelakiannya
Walaupun Anam merupakan watak yang paling banyak kerenah, namun “Ia Wujud” pasti hambar tanpa penampilannya yang menambah ‘warna’ dalam filem ini.Watak lain yang pasti membuatkan penonton ketawa adalah Tommy, seorang pemuda Sabah yang pekat berbicara dalam dialek negerinya.Perwatakan Tommy yang selamba dan seakan-akan lurus tanpa disengajakan menimbulkan elemen lucu yang natural sehingga penonton boleh ketawa tanpa dipaksa.
Walaupun cepat hilang sabar dan panas baran, keberanian Arif wajar dipuji apabila dia sanggup ditinggalkan bersendirian dalam permainan pemujaan pocong.Babak tersebut boleh dikatakan antara babak paling seram selain Your dan Amad yang turut perlu menghabiskan permainan dalam keadaan ‘diganggu’ selepas rakan mereka ditimpa tragedi akibat permainan itu.
Tidak rugi menontonnya bagi anda yang gemarkan filem seram atau paranomal dan ingin menyokong industri perfileman tempatan!Pengarah filem Dharma Aizat yakin filem arahan terbaharunya berjudul “Ia Wujud “ dapat diterima penonton meskipun ia tidak melibatkan sebarang pelakon profesional sebagai pelaris karya tersebut.

Dharma berkata, pelbagai kejadian misteri dalam karya itu hasil rakaman asal sekumpulan anak muda di sebuah taman tema yang telah ditutup adalah kekuatan utama kepada filem berkenaan.“Filem ini sebenarnya diarahkan oleh kelima-lima mereka yang pergi ke taman tema berkenaan berbekalkan beberapa buah kamera untuk merakamkan kejadian pelik di tempat tersebut yang telah ditutup sejak tahun 1994 dan saya sebagai pengarah dan pengarah filem ini kagum dengan apa yang mereka hasilkan.
“Ia Wujud adalah sebuah filem misteri cukup berbeza biarpun tidak menampilkan sebarang pelakon popular tetapi jalan cerita dan pengalaman kelima-lima mereka sudah memadai untuk menjadikan karya ia menarik,” katanya.Filem ini ditayangkan mulai 15 Mei lalu yang menampilkan Zakaria Zahid, 27, Ahmad Syafiq, 22, Muhd Arif Adam, 20, Anam Azizan, 23 dan Tom, 25 sebagai pelakon utama.Kelima-lima individu berkenaan merakamkan suasana di sebuah taman tema dengan tujuan untuk mencari kisah alam misteri.
Dalam pada itu, Dharma berkata, dia mengalami kesukaran bagi mencari visual terbaik selain cuba mengolah jalan cerita agar ia kelihatan tersusun dan menyakinkan.“Kesemua visual yang diperoleh ada lebih kurang enam jam kesemuanya dan saya perlu meneliti kesemua bahan yang ada dan ia bukan kerja yang mudah kerana mereka bukan profesional dalam mengendalikan kamera.
“Tetapi kami berjaya mendapatkan rakaman-rakaman menarik selain menyusun semua perbualan mereka dalam video berkenaan supaya dapat menjadikan sebuah kisah yang menarik untuk di filemkan,” ujarnya.

Pengalaman mereka membuktikan bahawa hantu itu wujud walaupun ia tidak dapat dilihat dalam kamera. Yang nampak botol bergerak dan dipecahkan tetapi wajah sebenar hantu memang tidak kelihatan. Walaupun filem ini agak menyeramkan tetapi ia juga mengandungi unsur komedi yang menyebabkan penonton ketawa.Pada keseluruhannya  tidak merugikan kita menonton filem “Ia Wujud” walaupun ia bukan dilakoni oleh pelakon terkenal

Isnin, 16 Jun 2014

Masalah Hidung Kerap Berdarah


Pendarahan hidung (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.












Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah, seperti:

·         Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering.
·         Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus
·         Selesema dan flu
·         Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)
·         Hidung terhantuk/trauma
·         Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)
·         Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)
·         Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)

Sabtu, 14 Jun 2014

KISAH LAWAK: SIAPA KATA LELAKI PELUPA?

SIAPA KATA LELAKI PELUPA?



Pada suatu hari sepasang suami isteri keluar shopping untuk persiapan majlis hari jadi si isteri. Sedang si isteri sibuk mencari kain langsir baru, tiba-tiba dia tersedar yang suaminya sudah hilang.

Panik, si isteri menelefon suaminya...

Isteri: Abang... abang kat mana? Jangan la pergi mana-mana. Kita ada banyak benda nak beli ni!

Suami: Ayang... ingat lagi tak 5 tahun lepas... sehari sebelum hari jadi ke-25

Gambar Haiwan Paling Pelik Di Dunia

Kali ini aku dh share pasal haiwan paling pelik kat dunia ni..aku sendiri pun agak terkejut melihat gambar ini..Jom aku tunjukkan kat korang >>

                                                                 Kerbau Kaki Enam

                                                                     Kucing 2 Muka

                                                             Ikan Air Tawar Terbesar

Manusia Paling Pelik Di Dunia

Aku pasti korang semua gerenti hairan dan rasa pelik dgn gambar-gambar manusia pelik yang aku nak share pasti..cuba korang tengok nih.>>
                                                         
                                                              Mata Paling Menonjol

                                                                Kuku Paling Panjang

                                                                  Misai Paling Panjang

Jumaat, 13 Jun 2014

BELANDA BELASAH SEPANYOL 5-1 PIALA DUNIA 2014

Belanda Belasah Sepanyol 5-1 Piala Dunia 2014





            VS  

Belanda Belasah Sepanyol 5-1 Piala Dunia 2014. Keputusan paling mengejutkan telah berlaku awal pagi tadi. Piala Dunia 2014 mencatat detik bersejarah pertamanya apabila Belanda membelasah Sepanyol 5-1 dalam satu perlawanan yang luar biasa di Salvador.
Ramai peminat pasukan Sepanyol ternyata begitu kecewa dengan persembahan pasukan pilihan mereka ini. Ternyata permainan pasukan Sepanyol tidak seperti yang biasa

10 fakta Piala Dunia yang anda perlu tahu


Walaupun mempunyai perbezaan waktu 11 jam diantara Brazil dan Malaysia, peminat-peminat
bolasepak tempatan tentu sekali tidak ketinggalan untuk menonton perlawanan pertama di antara pasukantuan rumah dan Croatia.

Namun, ada juga yang bukan peminat bola dan tidak kisah dengan Piala Dunia 2014.

Tetapi dengan kejohanan yang akan berterusan selama satu bulan, pastinya demam Piala Dunia dapat dirasai dimana-mana sahaja, dan anda mungkin dipaksa oleh ahli keluarga atau teman-teman untuk menonton satu perlawanan. 

Untuk membantu anda, kami sediakan 10 fakta yang anda perlu tahu tentang temasya ini:

Khamis, 12 Jun 2014

Gempar! Lebih 100 kubur dikorek dipercayai ada kaitan dengan ajaran sesat


Lebih 100 buah kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jawi-Jawi, Pelangai di sini dikorek oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai ada kaitan dengan aktiviti pemujaan atau ajaran sesat.

Kejadian itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan yang hanya menyedari kejadian tersebut lewat petang Isnin dan telah melaporkannya kepada pihak polis.Seorang penduduk, Radin Noraddin, 48, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku lima hari lepas dan laporan polis dibuat pagi Selasa.

"Tanah yang dikorek adalah di tengah-tengah kedudukan antara dua batu nisan, iaitu kira-kira satu genggam setiap kubur.

"Saya tidak pasti apa motif mereka datang ke sini dan buat macam itu. Tetapi  saya terkilan apabila batu nisan dan kepok turut dicabut," katanya.

Radin berkata perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku di kawasan perkuburan Islam dan berharap pihak

Piala Dunia 2014 Bakal Catat Tweet Dan Like Paling Banyak


Piala Dunia 2014 yang akan bermula di Brazil minggu ini dijangka akan jadi satu acara yang bakal mencatatkan tweet terbanyak dalam sejarah.Pengarah Twitter Inc. Brazil, Guilherme Ribenboim memberitahu agensi berita Reuters, jumlah tweet yang bakal dihantar sepanjang kejohanan bermula Jumaat ini akan menenggelamkan 150 juta tweet semasa Olimpik London 2012.

"Piala Dunia akan membawa (Twitter) ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi Twitter, ini akan menjadi acara terbesar sepanjang sejarah," katanya.

Dengan pengguna Twitter di seluruh dunia berjumlah 255 juta orang, platform komunikasi blog mikro ini menjadi ruang iklan yang cukup lumayan kepada pengiklan.Semasa Piala Dunia 2010, FIFA menganggarkan lebih kurang 3.2 bilion orang atau hampir separuh penduduk dunia menyaksikan sekurang-kurangnya satu perlawanan.

Rabu, 11 Jun 2014

JADUAL PENUH PIALA DUNIA 2014 - BRAZIL

haa..ini dia jadual penuh untuk Piala Dunia 2014 yang akan bermula 12 Jun 2014 ini!!!
 Jom kita lihat jadual ini>>




KES FARHAN DAN ABBY ABADI


Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai yang dibuat Farhan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.

Bagaimanapun Farhan ketika ditemui memberitahu ada faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian tersebut.

Lelaki berusia 24 tahun itu mendakwa dirinya telah dicederakan oleh bekas anggota kumpulan Elite itu secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.

Menurut Farhan, bekas isterinya itu sering meminta wang  malah dia akan dimarahi sekiranya tidak memberikan jumlah yang dikehendakinya.

“Saya telah dicakar… Malah dia juga kata saya tidak membawa apa-apa kepentingan dan faedah kepada dirinya untuk meneruskan hubungan sebagai suami isteri,” katanya kepada media sebaik

JANGAN ISI MINYAK PENUH TANGKI,KENAPA??


Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki. Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, di mana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.

Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.


Ini bermakna ada telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK.

Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Kerana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah. Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang.

Selasa, 10 Jun 2014

Strategi Baharu Proton - Tun Dr Mahathir

Proton kini menukar strateginya daripada pengeluar kereta murah kepada pengeluar kereta bertaraf dunia, kata pengerusi baharu Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.Perdana menteri keempat itu berkata Proton sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah.

"Kini, Proton mahu mengeluar kereta bertaraf dunia, dan anda perlu membayar harga yang lebih tinggi. Anda tidak boleh dapat kereta yang baik dan membayar pada harga yang rendah," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai rancangannya ke atas Proton.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Yayasan Kemajuan Kehidupan Manusia (HLAF) menyampaikan ucaptama dan melancarkan Anugerah Tahunan HLAF dan Bengkel di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Beliau berkata semasa Proton mengeluarkan model kereta Preve dan Suprima berkualiti tinggi namun dijual pada harga RM80,000, orang ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton.

Petanda Sakit Pada Badan






TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN | Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses

Isnin, 9 Jun 2014

Kalimah Allah hanya untuk Islam - Jakim


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

‘Oleh itu wajib kita bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.Othman berkata, kalimah Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan

Pemasaran Efektif Dengan Facebook


Salam sejahtera semua,

Kali ini saya nak kongsikan sedikit mengenai FACEBOOK yang boleh mendatangkan keuntungan kepada anda terutama bagi mereka yang mempunyai blog,ebook dan sebagainya untuk aktiviti pemasaran.


Facebook merupakan “LUBUK  PEMASARAN” bagi pelbagai jenis perniagaan tidak kira perniagaan tersebut dijalankan secara online mahupun offline. Penggunaan Fan Page sebagai laman yang akan mempromosikan perniagaan semakin tersebar.
Ramai usahawan-usahawan berlumba-lumba membina Fan Page perniagaan mereka namun ramai juga yang kecewa kerana Fan Page mereka tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada mereka.Sebenarnya bukan salah fan page tersebut tetapi salah usahawan itu sendiri kerana tidak menghasilkan dan menguruskan dengan baik fan page mereka.